Seorang pekerja kedai runcit dari Kampung Batu, Samporna, Sabah, berusaha mengesan bapa kandungnya, Musa Talil, 50-an, berikutan bakal melangsungkan pernikahan dengan pasangannya pada 12 Mac depan. Gadis berkenaan, Siti Burkiah berkata, dia menetap bersama ibu bapa angkatnya, Siti Razmah Johari dan Rajab di Semporna sebelum ini ketika mereka bekerja di Kilang Bernas di Tawau, Sabah apabila diserahkan kepada keluarga kandungnya.
Menurutnya,keluarga angkatnya berpindah ke Johor Bahru ketika dia berusia 14 tahun dan kini bekerja di sebuah kedai runcit di Jejawi."Saya hanya mempunyai nombor kad pengenalan lama bapa iaitu H02886256, ini kerana saya dibesarkan keluarga angkat sejak lahir". Demikian luahan seorang anak yang menantikan bapanya pulang. Menurutnya, dia merayu kerjasama orang ramai yang mengenali bapanya agar menghubunginya.
Pepecahan rumah tangga mengundang kepada permasalahan dalam institusi kekeluargaan.Hal ini memberikan kesan yang buruk terhadap anak terutamanya.Masalah sosial kini berlaku disebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan.


No comments:
Post a Comment