"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).."
(al-rum:41)
Pastinya semua masih ingat peristiwa banjir besar yang berlaku di Perlis. Banjir yang hampir menenggelamkan seluruh negeri Perlis ,Kekerapan banjir besar yang melanda dari 10 tahun sekali ke 5 tahun sekali ke 1 tahun sekali hingga yang terkini setahun lebih dari sekali banjir melanda negeri Indera kayangan ini..Hal ini berpunca dari sistem perparitan dan saliran air yang tidak sistematik.Pembangunan yang dilakukan tanpa perancangan mengundang kepada permasalahan ini.Masalah banjir ini menjadi lebih kritikal sejak pembinaan Empangan Timah Tasoh.Hal ini memberikan tekanan kepada rakyat Perlis khususnya kerana mengalami kerugian menjangkau jutaan ringgit akibat kerosakan yang dialami dari segi harta benda,tanaman dan ternakan.
Di samping itu, timbul rase tidak yakin kepada para pelabur untuk datang melabur di negeri ini kerana bimbang perniagaan sering diganggu oleh masalah ini. Impian Negeri Perlis menjadi negara Maju pada tahun 2015, mungkin tidak dapat direalisasikan jika masalah ini dipandang enteng oleh sesetengah pihak yang membutakan mata,memekakkan telinga mengenai isu serius ini.
Baru-baru ini dalam sidang akhbar, kerajaan negeri Perlis mengumumkan bajet sebanyak RM300 juta untuk mengatasi masalah banjir di Perlis. Ini ialah salah satu inisiatif kerajaan untuk membendung masalah banjir.Menteri Besar Perlis,Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata bajet ini dikeluarkan bagi mengalirkan air daripada Empangan Timah Tasoh ke laut dan projek tebatan banjir Arau.-BERNAMA-



No comments:
Post a Comment