KUALA LUMPUR – Dua gegaran dalam tempoh hampir dua jam yang berpunca
daripada gempa bumi kuat berukuran 8.6 pada skala Richter di Aceh,
Sumatera Utara Indonesia semalam mencetuskan suasana panik di kalangan
penduduk di beberapa negeri pantai barat Semenanjung Malaysia.
Gegaran pertama berlaku kira-kira pukul 4.50 petang dan disusuli
pada pukul 6.45 petang itu menyebabkan penghuni di kediaman tinggi dan
berhampiran pantai di negara ini meninggalkan rumah masing-masing.
Antara negeri yang merasai gegaran tersebut ialah Pulau Pinang, Perlis, Perak, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.
Di pulau pinang, perkhidmatan feri yang menghubungkan Butterworth
dan Goerge Town telah dihentikan pada pukul 8.30 malam berikutan gegaran
kedua pada 6.45 petang tetapi disambung semula 45 minit kemudian
setelah amaran tsunami ditarik balik.
Bagaimanapun, Jambatan Pulau Pinang dibuka seperti biasa.
Seorang penduduk flat Bukit Gedung, Siti Nur Zuriani Zaini, 25,
memberitahu, orang-ramai lari lintang-pukang sebaik menyedari gegaran
berlaku.
“Bayangkan bunyi gegaran itu sangat luar biasa seperti tanah sedang
bergerak manakala pintu dan perabot rumah pula bergoncang,” katanya
ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

No comments:
Post a Comment